Nuffnang Ads

Sunday, January 17, 2010

Terima kasih sayang

Tanggal 21 November 2009, pada pukul 2.00 petang merupakan ketika yang cukup bermakna buat aku dan isteri. Isteriku memang dah sarat mengandung anak sulung kami, memang dah hari Jumaat, 20 November 2009, aku dan isteri ke UKM Specialist Centre untuk buat follow up check up, time check up tu kami bertanya nasihat doctor samada, boleh atau tidak untuk berjalan jauh ke Penang, kerana kandungan bayi masih lagi tinggi dari lubang rahim, tambahan pula abang ipar aku akan bernikah pada 21 November, keesokan harinya. Doktor tidak menggalakkan untuk berjalan jauh, tapi kalau hendak juga perlu berenti setiap 45 minit. Isteriku gembiralah bila dengar macam tu, dalam pukul 3.30 selesai check up kami bergerak terus ke Penang memandangkan pakaian dan barang bayi pun kami dah masukkan di dalam bonet kereta. Dalam pukul 4 petang aku singgah ke Restoran jejantas di Sg Buluh untuk makan dan sembahyang Asar, dan pada 4.45 petang kami sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan aku sehingga ke Ipoh kami ditemani dengan hujan dan sepanjang perjalanan itu juga aku dapat saksikan 5 kejadian kemalangan di berlainan tempat. Dalam hatiku, aku mesti berhati-hati kerana aku membawa 3 nyawa yang berharga termasuk anakku yang bakal dilahirkan.

alam pukul 9.20 malam, kami pun sampai dirumah ibu mertuaku di Butterworth,gembira betul ibu mertuaku. Isteriku lagi gembira sebab sempat tengok drama “Nur kasih” yang tengah hot sekarang di TV3 setiap hari Jumaat. Sampai je, kami makan dan sesudah itu, aku pun sembahyang Jamak bagi Solat Maghrib dan Isyak.Lebih kurang 11.30 malam, isteriku yang sedang menonton TV menjerit sebab air ketumban dah mengalir keluar.

Ni yang buat aku suspend ni, jadi tak tentu hala. Cepat-cepat kami masuk kereta dan pergi ke hospital yang berdekatan iaitu Bagan Specialist Centre (BGC)rasa nak pecut je cepat-cepat agar sampai cepat. Mak aku ada pesan dah, bahaya jalan jauh-jauh takut bersalin tengah jalan je. Tapi Alhamdulillah lah sebab di pertengahan jalan tak jadi apa-apa masalah. Mungkin disebabkan hentakan semasa di atas jalan yang menyebabkan air ketumban tu pecah.

Sampai je di BGC, isteriku dibawa ke Level 2 untuk pemeriksaan. Sementara isteriku di dalam, aku , mak mertua dan abang ipar ku bersembang memikirkan esok petang merupakan hari nikah abangku. Tapi nampak gayanya, mak mertua aku akan dapat sorang cucu dan sorang menantu lagi pada hari yang sama. Memandangkan Rahim isteriku baru terbuka 1cm pada 2.30 pagi aku meminta ibu dan abangku pulang dahulu kerana majlis akad nikah akan berlangsung petang nanti.

Aku menemani isteriku di wad khas, menurutnya air ketumban asyik mengalir keluar. Dalam pukul 3 pagi, nurse meminta aku untuk tido di Sofa di Level 1 dan biarkan isteriku berehat. Dengan berat hati aku tinggalkan isteriku sambil mencium dahinya dan meminta dia agar kuatkan semangat dan pada pukul 5.30 pagi aku kembali ke dalam wad yang menempatkan isteriku.

Menurut Doktor, isteriku akan dimasukkan ke dalam Labour Room, disitu aku menemani isteriku. Ku genggam tangannya dan dahinya ku kucup acap kali. Perutnya dan Rahimnya begitu sakit sekali, dan setiap kali itulah aku genggam erat tangannya. Baru lah aku tahu begitu susah dan sukar untuk melahirkan seorang anak itu. Ketika ini juga lah aku meminta isteriku bernafas mengikut kaedah seperti yang diajar semasa kelas Atenatal. Cara penafasan yang betul, iaitu depth breathe semasa sakit sedang terasa, panting breathe masa sakit dan light breathe masa sakit dah reda. Aku buat bersama isteriku untuk memastikan dia juga melakukannya, itu nasihat Ketua Jururwat ketika dikelas dulu. Berguna juga fikir aku kelas tersebut. Dalam pukul 9.00 pagi, rahim isteriku beru terbuka 3 cm, dan dia dah begitu sakit. Kecian aku lihat, terpusing sana sini, apa yang mampu aku berikan adalah cuma kata semangat buatnya agar tabah dan kuat sambil genggam tangan dan dahinya ku cium erat. Terasa hubungan kami semakin erat, rasa sayang terhadapnya amat tebal. Cuma aku ni tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan sayangku. Almaklumlah aku ni bukan jenis lelaki yang romantik, tapi sape yang tak sayangkan isteri kan. Setiap suami pasti merasakan cinta dan sayang terhadap isterinya bertambah-tambah di saat ini.Begitu juga aku.Chewaaah..hehehe,

Hampir pukul 1.30 petang, rahimnya hanya terbuka 4cm, aku berbincang dengan doctor agar menjalankan keadah cesarean kerana sudah hampir 8 jam masa yang diperuntukkan untuk rahim terbuka sepanjang 10cm. Rasanya disini aku dah bagi info yang penting terutama kepada kaum Adam.

Alhamdulillah, isteri dan anak selamat dilahirkan. Aku tengok anak yang begitu kecil di atas katil bayi sambil matanya terbeliak melihat cahaya lampu. Aku angkat lalu bacakan Iqamat di telinganya, dan ayat-ayat suci yang lain sambil mendoakan agar anak yang bakal ku beri nama Nur Iman Khalisha menjadi anak yang soleh serta beriman. Ku kucup dahi dan pipinya berulang kali. Terima kasih sayang...Syukur Alhamdulillah mereka berdua selamat.

Aku pun apa lagi, inform kat keluarga, semua kawan-kawan dan bos. Gembira betul rasanya. Yang sudah mempunyai anak, mesti dapat rasa apa yang aku rasai ketika memegang zuriat kita, yang mana belum kawin tu cepat-cepatlah kawin, so bolehlah rasa apa yang aku rasa tu.