Nuffnang Ads

Friday, October 8, 2010

Gendang gendut...

Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati...


Cmner nak wat baby kenyang tp dgn makanan yg berkhasiat. Yg paling sesuai utk baby sebaya Nur Iman ni adalah porridge, x kesah lah bubur ikan, bubur ayam ke, atau len-len lah.

Apa kata meh kita try wat bubur ikan.Bahan-bahannya adalah:

Beras (2 genggam)
Lobak yg dipotong agk kasar
Bayam (ambik dlm 4 helai daun ker)
Ikan merah(boleh jg digantikn dgn ayam)
Minyak jagung

ubi kentang stgh biji, potong agk kasar
daun bawang
daun sup

Ok tu antara bahan-bahannya, so skrg kita try buat plak ye.

1. Masukkn beras yg dah dibasuh bersih ke dlm periuk dan 4 cwn air kosong dgn api yg sederhana.
2. Pstu Masukkn 1 sudu minyak masak, lobak dan ubi kentang dan ikan

3. Pastikan korang sentiasa kacau klu x melekat nanti.

4. Lebih kurang 15 minit-20 minit, air mcm dah nk kering perlahankn api.dan masukkn lah daun sup dan daun bwg sedikit. Ni nk bg wangi je.



5. Dah masak tutup api, dan biarkan sejuk kejap. Pastu ambik lobak, kentang, dan bayam dlm periuk td utk dimesin. Mesin bg agak halus.


Dah siap pun, leh bg baby korang mkn. kt dlm bubur ni ada semua khasit protein dan vitamin. Sbb tu kita kena letak sayuran ijau dan ikan atau ayam. Bayam ni kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Tgk popoye lah jd kuat bila mkn bayam.hehehe.So bg lah anak anda makan bayam byk-byk.hehehe.

Nyum-nyum sedap. Nur Iman tgh menikmati sarapanya dlm kereta ms on the way nk blk kampung umah Nek Yang sempena kawin Mak Long Nur Iman

Urutan buat si manja..

Biasalah klu kita yg dewasa ni klu diurut mesti syokkan, lbh-lbh lg klu dpt g SPA.hehehe.Korang tau tak yg baby pun suka jika diurut. Byk ker faedah-faedah yg bayi dpt bila diurut eh??Mestilah byk jg faedahnya tau, antaranya yg aku leh share adalah;
a) leh bantu bayi rs tenang dan selesa

b) boleh bantu pembesaran fizikal bayi
c) kuatkn ketahanan tubuh bayi anda
d) dan yg paling penting semestinya leh eratkan hbgan antara bayi dan ibu..

dah tau dah apa faedah urutan pd bayi??klu dah tau meh kita proceed cara cmner nk urut plak.Ada teknik jg tau. Ada byk jenis gk urutan untuk bayi ni antaranya adalah urutan kepala dan muka,
urutan dada, urutan kaki,urutan perut,urutan tangan dan urutan bahagian belakang.


Mgkn kt sini aku leh tnjk salah satu urutan iaitu urutan kaki si manja..

1. Mula-mula tu bt dgn usapan, urutkn kaki dgn gerakan ke ats dr pinggul ke pergelangn kaki, pastu lakukan usapan pd kaki dgn menggerakkn tgn korang dr prgelangan kaki ke pinggul bayi.

2.Genggan lembut paha baby korang dgn kedua tgn mengenggam ats bwh. Usap ke bwh, usap ke bwh kaki dgn kedua-dua tgn berpusing scr bertentangan seolah-olah korang tgh perah kain tuala.

3.Urut tapak kaki bayi dgn ibu jari korang dr tumit ke hujung jari kaki.

4.Last skali korang genggam lembut hujung jari kaki satu persatu,pastu korang bt plak kt kaki sebelah dia plak.

Amcm??rs2nya bakal-bakal ibu leh tak buat ni??Tkpe training dl, wat kt kaki laki korang dl ye.hehehe.


seksa woooo..sembelit.

Mcm mn ye klu kita yg dewasa ni menghadapi mslh nak buang air besar?? Dah tentu berpeluh-peluh takpun duk dlm toilet dekat sejam br kuar. Itu pun klu kuar, silap-silap angin pun tak kuar disebabkan mslh sembelit ni. Ingat lg aritu Nur Iman penah alami masalah sembelit ni. Cian Nur Iman, aritu ms usia 4 bulan punya lah ssh dia nk b***k.Puncanya sbb kurang minum air masak dan minum susu yg agk pekat. Klu x caya tgk lah aksi yg sempat abah rakam ms dia tgh meneran nk melepas.hehehehe..cian dia.




Kat sini aku nk share lah sikit-sikit tip-tip buat ibu-ibu atau bakal ibu cr nk elakkan sembelit pd baby korang ni. So antara tips yg aku leh share adalah:

1. Klu ibu-ibu bg anak susu tepung, tentukan sukatannya tidak terlalu pekat.Biasa kt tepi tin ada tulis bp sukatan yg sesuai. Tp klu cair sgt pun tak elok pasal baby xkan dpt khasiat yg cukup.So pd ibu-ibu make sure susu yg korang nk bg tu btl-btl sesuai dgn baby anda.

2.Tentukan anak duduk mencangkung waktu membuang air besar. Cm baby ni kita kn bantu dialah.Dukung and bagi dia terkangkang sket. Tu yg aku biasa buat lah kt Nur Iman.

3. Pastu bg lah sket diorg mkn pisang atau buah oren, confirm punya lawas lepas tu.
Tgk gk baby tu usia bp bulan, biasa dlm 6 bulan ke ats dah leh bg buah-buahan. Buat jus ker, bg extra vitamin kt diorg.


Harap tips kt ats td leh membantu, klu nak tau lebih lg kenalah byk membc ye.Klu ikutkan byk lg, tp korang kena lah cr buku dan baca ye..x pun google je. Byk je kuar cara-cara nk atasi sembelit ni. Klu korang sembelit tk kesahlah, yg ciannya klu baby yg sembelit. seksa wooo...

Wednesday, October 6, 2010

ada org kuantan ker kt sini???

My husband asal selangor tp dah menetap di Kuantan sjk tahun 1989 klu x silap. So aritu kitaorg adalah pegi berkelah kt Pantai Sepat ngan famili mertua. Kt Kuantan ni byk pantai yg famous, antaranya adalah Teluk Cempedak, Cherating, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam. Tp yg aku dgr2 cite lah skrg ni Pantai Sepat kian menyepi.Apa sebabnya yer???Sbbnya korang tgk lah kt bwh ni.Ni lah sikap-sikap org kita, suka buang sampah merata-rata.

Byknya sampah

Kecian kt ikan-ikan dlm laut tu berenang ngan sampah, tgklah penyu pun byk mati sbb tertelan plastik-plastik. Yg penyu ni pun satu gk g telan sampah kenapa??.hehehe. Tp aku tgk ada jg lah org berkelah kt area tu cuma kena pilih tmpt yg elok sket. So kitaorg pun pilih lah tmpt yg redup sket untk berkelah.

Cantik gk kan area ni, tp klu tgk kt pasir penuh ngan sampah sarap. So sambil mkn2 tu kitaorg pun snap lah gmbr untk kenangan.

Ni ikan yg Tok ma n abah g beli kt kedai simpang dpn sn tuhh..nk tnjk pun x tau sgt kt mana.hehehe.Ikan segar-segar, sdp mkn ni, cicah plak ngan budu..fuhhh menjilat jari.


Nur Iman ni xnak plak tgk kamera.Tak sabar nk mkn lah tu. hehehe.

So berbalik kes sampah tu, rsnya pihak berkuasa perlu ambik tindakan yg sewajarnya. Pastu 'org kita' ni kena ubah sikap lah jgn duk buang sampah merata-rata. Yelah aku tgk area tu leh dijdkan kwsn pelancongan jg. Leh jana income penduduk setempat jgk.
Blk je ke KL, terus Nur Iman demam. maybe sbb kena angin laut, kejap panas kejap sejuk. So kn lah tempek cool fever.

Pa...ma...

Bakal Ibu-ibu..bapak-bapak ataupun yg mmg dah jd ibu dan bapak tu rsnya bgs jg klu tmbh ilmu pengetahuan tentang keluarga dan terutama tntg anak. Betul x?Almaklumlah klu dah jd ibu dan bapa ni, byk benda yg kita perlu bg perhatian. So di sini I would like share tentang majalah yg mmg dah sedia ada kt pasaran iaitu majalah Pa&ma..

Majalah ni sgt sesuai dibc sebelum mngandung atau tgh mengandung lg, psl byk info-info yg menarik yg perlu kita tahu dr saat kita mengandung hingga anak kita kita dah besar. Biasanya setiap keluar diorg akan sentuh topik yg berbeza. Harganya pun murah, cuma RM6.00 je senaskah. Boleh didapati di kedai-kedai buku, kedai runcit pun belambak juga.

Among the topics that quite interesting such as " pupuk kemesraan antara papa & anak sejak kecil", "tip mengurangkn rs tidak selesa saat hamil", "si kecil degil apa yg perlu dilakukan" dan byk lg lah. So byk lah topik-topik yg menarik. Anda jg boleh anta gmbr ms mengandung, tkpun anta gmbr baby anda yg cute tu. Mn tau terpilih leh jd cover depan lg tu..peraduan pun byk jg.


Boleh dikatakn berbaloi-baloi lah klu beli majalah ni, sbb byk input yg korang leh dpt. Mungkin yg bakal jd pengantin/ ibu tu leh stat bc dr skrg lah ye.

p/s: teringin gk anta gmbr Nur Iman. Tp tggu Nur Iman rambut byk lah dl ye.hehehe

Suatu ketika episod 1..joging at Titiwangsa

Rasa cm cite movie Senario plak.hehehe..ni alkisahnya semasa besday Nur Iman ketika 3 bulan dah di ajar joging. Lepas je sembahyang subuh, dlm pukul 7.15 terus gerak ke Taman Tasik Titiwangsa. Lebih kurang 15 minit dah sapai dah kt sn dr umah.

Nur Iman pun bersemangat pagi tu untuk joging. Tgk dia tgh rengang-rengangkn otot tu. So kpd sape-sape yg nk joging tu anda dinasihatkn supaya buat strecthing dl.


Aksi wirawati negara sedang joging. Ada ke joging leh senyum-senyum. nampak sgt saje suh ambik gambr tu.hehehe.




Abah plak masuk acara lumba tolak stroller bersm Nur Iman. Dah sah-sah abah menang psl dia sorang je yg lumba.


Ni klu cakap budak-budak darjah 6 tgh men kt taman permainan pun org percaya ni.

picture ni no komen. hehehe..nak merasa jg naik tu.

Dekat-dekat sejam gk kitaorg pusing keliling tasik ni. Almaklumlah nk tolak stroller Nur Iman kn pelan-pelan, xleh nak laju-laju. Dan akhirnya Nur Iman tido lena kt dlm stroller tu. Penat btl dia.





Monday, October 4, 2010

First raya Nur Iman : KL-Kuantan-Sg. Besar-Butterworth-Yala, Thailand-KL

Mcm perjlnan bas la plak.hehehe..Tp bukan nk cite psl balik raya nek bas tp perjlnan yg kami lalui sms hari raya dan lebih bermakna adalah raya kali ini merupakan first raya Nur Iman.


Klu tahun lepas Nur Iman ada dlm perut ibu lg, tp tahun ni dia leh tgkp gmbr bersm dah pun.

Bergmbr bersm Tok Ma n makcik-makcik Nur Iman. Comey-comey semua kan tp yg paling comey Nur Iman lah.hehehehe. Belah kiri depan(duduk) tu Tok Ma Nur Iman tau.

Ni gmbr bersm keluarga sebelah abah. Ada Tok Yang, Nek Yang, nenek-nenek and atuk-atuk pun ada. Almaklumlah semua dah naik pangkat pasal Nur Iman ni dah jadi cicit kepada Tok Yang and Nek Yang.

Ni gmbr bersm keluarga belah ibu. Time ni ada Open House untuk keluarga terdekat. Mcm2 mknan ada, Nur Iman pun mkn rendang and nasi himpit.

Ni gmbr bersm ibu dan Tok kt Bukit Kayu Hitam, border Malaysia- Thailand. Lm juga kami kt sini, dekat2 sejam tggu semua proses selesai. Abah gilir-gilir drive ngan Pak Long n Tok.

Sempat singgah di Sakom Beach , Thailand. Ramai jg warga Thailand yg beragama Islam duk berkelah disini. Ingatkan diorg jalan-jalan beraya. Tp Thailand different sket. Lebih meriah suasana Hari Raya Korban compare ngan Aidilfitri.


Alhamdulillah sepanjg perjlnan tu, Nur Iman berada dlm kesihatan yg baik dan kami pun selamat pergi dan sampai.