Nuffnang Ads

Thursday, September 23, 2010

Mentang-mentang dah ada gigi..




Arrgggghhh…aduiii sakitnya iman..huhuhu..itulah jeritan yang keluar dari mulut yang ibu & abah akibat gigitan Nur Iman. Apa-apa pun tahniah sebab Nur Iman dah ada 6 batang gigi sekarang, 4 batang di atas dan 2 batang di bawah. Sejak Nur Iman umur 6 bulan lagi dia dah tumbuh 2 batang gigi bawah. Nurse cakap cepatnya dia tumbuh gigi. Orang tua-tua pula cakap kalau gigi cepat tumbuh, mesti akan cepat cakap. Patutlah Nur Iman dah start practice bercakap sekarang ni ye. Selalu sebut abaahhh..abbbbaahhh je.

So skrg hobi Nur Iman adalah gigit jari atau bahu ibu and abah..Bukan ibu takde beli Teether untuk Nur Iman gigit, tp Nur Iman lebih suka gigit benda yang akan berbunyi bila digigit. So yang paling disukai oleh si manja ini adalah jari ibu dan abah. Kalau setakat gigit biasa-biasa je takpe tapi Nur Iman ni kalo mengigit sekuat-kuat hati dia. Macam nak putus rasa..Lepas tu dapatlah cop gigi Nur Iman kat jari..hehehe..


Pantang disua jari atau tangan, mesti nak mengigit. Kalau tak disua pun Nur Iman sendiri yang akan tarik jari ibu dan abah masuk dalam mulut dia..hehe..Kadang-kadang tu bila dia geram ngan ibu mesti gigit jari atau bahu ibu. Pandai betul lepas geram kat ibu ye. Nak kena babab ni tau..


Nanti bila gigi Nur Iman dah banyak, Nur Iman kena belajar gosok gigi...Kalau tak nanti gigi Nur Iman jadi warna kuning macam gigi abah.hehehe..Jangan lupa suruh abah belikan berus gigi tau...

No comments:

Post a Comment