Nuffnang Ads

Sunday, September 12, 2010

Mulanya bicara si dia...


Pada Ramadhan yang terakhir 9 September 2010, semasa berbuka puasa tiba-tiba ada suara halus menyebut Abbbaa..abbbaaaah..abbaaa..Rupa-rupanya si kecil Nur Iman sudah mula hendak berbicara....Tapi mana aci...kenapa "abaaahhh"..kenapa bukan ibuuuu??? Hehehe takpe lah mungkin tak lama lagi Nur Iman akan pandai sebut ibu pulak kan..Nanti ibu belanja Kek untuk Nur Iman.

Seronok betul kami sekeluarga petang tu, apabila suasana berbuka puasa di rumah ibu mertuaku di bukit Sagu, Kuantan diselangi dengan bicara daripada mulut Nur Iman.

Mungkin disebabkan adik-adik ipar ku yang ramai dengan suasana riuh rendah semasa hendak berbuka puasa menyebabkan Nur Iman ingin join bersama berceloteh. Dan seperti biasa, Nur Iman akan sibuk berusaha untuk merasa juadah berbuka bersama, Habis semua halangan-halangan didaki dah ditempuh agar dia dapat mencapai makanan-makanan yang terhidang. Mungkin dah bosan makan bubur agaknya..

1 comment:

  1. wow comelnya laaaaaaaaaa... bukit sagu dekat dah dengan umah nora hehe =) k jijo dan munirah. selamat hari raya (eh dan lagi hik3 : p)

    ReplyDelete