Nuffnang Ads

Friday, September 24, 2010

Mai sebotol...

Kalau kt TV ada iklan "mai secawan.."kini Nur Iman membawakan iklan mai sebotol.hehehe..arini jumaat, 24 Okt. 2010 dan dah nama pun hari jumaat di KL, maka dgn itu membawa maksud jalan jam...Abah mcm biasalah ambik Nur Iman dlm pukul 05.30 ptg dan nak gi ambik ibu plak. Kalau keluar lewat sikit confirm jam teruk. Tapi nasib baiklah walaupun jam Nur Iman masih menjaga tingkah lakunya di dalam seat pinknya..Lega abah..


So sempena traffic light masih merah lagi, sempatlah abah merakam aksi minum susu Nur Iman sambil dengar muzik.hehehe.Tengok lah. Kat bwh ni gambar Nur Iman pegang botol sendiri...Abah drive, Nur Iman minum baik-baik ye...



Ha x cukup minum susu sebotol, botol air abah pun dia nak telan.hehehe.






Thursday, September 23, 2010

Mentang-mentang dah ada gigi..




Arrgggghhh…aduiii sakitnya iman..huhuhu..itulah jeritan yang keluar dari mulut yang ibu & abah akibat gigitan Nur Iman. Apa-apa pun tahniah sebab Nur Iman dah ada 6 batang gigi sekarang, 4 batang di atas dan 2 batang di bawah. Sejak Nur Iman umur 6 bulan lagi dia dah tumbuh 2 batang gigi bawah. Nurse cakap cepatnya dia tumbuh gigi. Orang tua-tua pula cakap kalau gigi cepat tumbuh, mesti akan cepat cakap. Patutlah Nur Iman dah start practice bercakap sekarang ni ye. Selalu sebut abaahhh..abbbbaahhh je.

So skrg hobi Nur Iman adalah gigit jari atau bahu ibu and abah..Bukan ibu takde beli Teether untuk Nur Iman gigit, tp Nur Iman lebih suka gigit benda yang akan berbunyi bila digigit. So yang paling disukai oleh si manja ini adalah jari ibu dan abah. Kalau setakat gigit biasa-biasa je takpe tapi Nur Iman ni kalo mengigit sekuat-kuat hati dia. Macam nak putus rasa..Lepas tu dapatlah cop gigi Nur Iman kat jari..hehehe..


Pantang disua jari atau tangan, mesti nak mengigit. Kalau tak disua pun Nur Iman sendiri yang akan tarik jari ibu dan abah masuk dalam mulut dia..hehe..Kadang-kadang tu bila dia geram ngan ibu mesti gigit jari atau bahu ibu. Pandai betul lepas geram kat ibu ye. Nak kena babab ni tau..


Nanti bila gigi Nur Iman dah banyak, Nur Iman kena belajar gosok gigi...Kalau tak nanti gigi Nur Iman jadi warna kuning macam gigi abah.hehehe..Jangan lupa suruh abah belikan berus gigi tau...

Tuesday, September 21, 2010

Abah and Ibu g keje..Nur Iman nak itut jugak…huhuhuhu.


Dari usia 4 bulan lagi Nur Iman mesti akan bangun seawal 6.00 pagi, bukan bersiap untuk ke tempat kerja tapi tengah tunggu ibu dan abah hantar Nur Iman ke nursery. Disebabkan tiap-tiap hari Nur Iman bangun pukul 6 pagi, hari Sabtu dah Ahad pun dia bangun time tu juga..huhuhu..Tapi bukan nak pegi nursery..kejutkan ibu dan abah sembahyang subuh. Hehehe..

Alhamdulillah Nur Iman tak pula nangis-nangis masa ibu dan abah tengah bersiap-siap. Kalau tak haru-biru jadinya. Mesti kalau bangun tu, ibu dan abah akan bagi salam dulu..Assalamulaikum Nur Iman, tapi Nur Iman tak penah jawab pun, hanya mampu tersenyum..mungkin jawab dalam hati kot..tak apalah itu pun da cukup membahagiakan hati ibu dan abah...

Terima kasih kat abah sebab tolong ibu kemas-kemaskan baju untuk Nur Iman, sediakan botol-botol susu Nur Iman...almaklumlah ibu kan wanita, so dah jadi lumrah kaum wanita memerlukan lebihan masa untuk bersiap. Hehehe..

Ada ketika tu, time nak kuar pintu rumah dengan tiba-tiba Nur Iman buat muka semacam je dan dengan tiba-tiba harum wangian minyak wangi ibu digantikan dengan wangian dari pampers Nur Iman. Ayooooo..nak keluar dia baru nak berak. Nak tak nak kena basuh dulula, kalau tak nanti jadi merah plak punggung Nur Iman. So untuk bakal-bakal ibu make sure anda basuh secepat mungkin kalau baby korang buang air besar sebab nanti kalau dibiarkan lama punggung baby akan melecet. Cian kat dia..

Kadang-kadang kesian juga kat Nur Iman, yelah mana tidaknya keluar rumah dengan ibu & abah dalam pukul 7 pagi pastu balik rumah pulak dalam pukul 6.30 petang. Tapi nak buat macam mana ibu kena kerja sebab nak tolong abah..macam-macam nak kena beli dan bayar...Terima kasih ibu...

Dalam kereta Nur Iman ada tempat duduk yang khas tau..yelah untuk keselamatan Nur Iman juga. Biasa kalau pagi, abah akan hantar ibu dulu baru hantar Nur Iman, tapi kalau balik kerja plak abah akan ambil Nur Iman dulu baru ambil ibu. So Nur Iman diwajibkan untuk duduk baik-baik di seat berwarna pink. Cutekan car seat Nur Iman..hehe..Nasib baik Nur Iman faham yang abah tengah drive, so takde lah dia mengamuk nak dukung. Cuma kadang-kadang merengek juga. Biasalah dah nama pun baby. Ibu dan abah cayaaaaannggg Nur Iman sangat-sangat...

Sunday, September 12, 2010

Mulanya bicara si dia...


Pada Ramadhan yang terakhir 9 September 2010, semasa berbuka puasa tiba-tiba ada suara halus menyebut Abbbaa..abbbaaaah..abbaaa..Rupa-rupanya si kecil Nur Iman sudah mula hendak berbicara....Tapi mana aci...kenapa "abaaahhh"..kenapa bukan ibuuuu??? Hehehe takpe lah mungkin tak lama lagi Nur Iman akan pandai sebut ibu pulak kan..Nanti ibu belanja Kek untuk Nur Iman.

Seronok betul kami sekeluarga petang tu, apabila suasana berbuka puasa di rumah ibu mertuaku di bukit Sagu, Kuantan diselangi dengan bicara daripada mulut Nur Iman.

Mungkin disebabkan adik-adik ipar ku yang ramai dengan suasana riuh rendah semasa hendak berbuka puasa menyebabkan Nur Iman ingin join bersama berceloteh. Dan seperti biasa, Nur Iman akan sibuk berusaha untuk merasa juadah berbuka bersama, Habis semua halangan-halangan didaki dah ditempuh agar dia dapat mencapai makanan-makanan yang terhidang. Mungkin dah bosan makan bubur agaknya..

Thursday, June 17, 2010

Holiday in Lion City

Nur Iman ni bertuah betul. Umur baru 5 bulan dah dapat nek flight dan pegi holiday kat oversea. Tapi oversea tu dekat jelah..hehehe..Jauhnya oversea tu adalah sebelah Johor je iaitu di Lion City Singapore.

Hari pertama sampai kami berjln pusing-pusing kt area Merlion Park, Esplanade and balik ke Hotel.

Pastu hari kedua plak, kami ke Universal Studio di Sentosa Island. Yang seronok kt Singapore ni klu nk pegi mana2 senang je, pasal semuanya dekat ngan LRT diorg. Dgn adanya Map, lg lah senang nk ke mana-mana pun. So Map korang leh dpt kn free kt Changi Aiport.



Ni gambr sms Nur Iman berada di Universal Studio. Nasib bek Nur Iman kecik lg, so x kena lah byr nk masuk Universal Studio ni. Tp abah and ibu kena lah byr ye.



Klu nk bergmbr dgn Maskot Madagascar ni mmg kena beratur cepat-cepat. Punyalah ramai org nk bergambr ngan 'Si Raja Hutan' ni..termasuk lah kitaorg. Yelah bukan selalu pn dpt g ni.Alang-alang tu tgkp je lah gmbr kan.


Sebut je Siloso Beach, pantai ni betul-betul cantik dan bersih. Satu sampah pun xde kt area-area tu. mmg btl2 respect lah kt management diorg ni. Tgklah Nur Iman ceria je..



Abah ceria ke Nur Iman lg ceria??hehehe..Ni ms nk blk dah, kt dlm skytrain.Klu kt Malaysia ala-ala monorail.

Sonok juga sekali skala dpt melancong and spend masa ngan family. Thanks kt Air Asia gk pasal bg promotion. Dapat lah harga murah sket untk tiket pergi dan blk. hehehe..

Wednesday, February 17, 2010

Mekasih makcik...

Sekarang dah berapa bulan nya saya??mmm...baru nak masuk 3 bulan.Tapi abah aku ni duk lambung-lambung je aku semacam. Tengok lah gambar aku ni, dah mcm sama tinggi dengan layang-layang kt belakang dah ni.
Masa ni makcik aku yang jaga aku lg ni..Ni antara hari-hari terakhir makcik aku (Nurul Azreen) perlu membasuh berak ku sebelum aku ke sekolah nursery.hehehe...Almaklumlah makcik nak sambung blaja dah. Time ni Iman cuma tau nangis je, nak susu pun nangis, berak pun nangis.

Banyak kenangan makcik dan diriku.Anyway Nur Iman nak ucap ribuan tima kasih kat makcik sebab sudi basuh bontot iman ni.hehehe..

Sebelum makcik sambung blaja di UiTM, Iman ada suh ibu and abah bawakkan makcik pegi jalan-jalan di Penang.Dapat naik feri pun kira ok lah. Dapat pegi keliling Penang lg tu sapai kat Balik Pulau lagi tu. Tapi makcik ni kalau makan no. 1 sebab tu masa kat Penang tu abah bawak makcik pegi makan je. Tapi itu dulu..hehehe..skrg dah slim. Apa-apa pun cayang makcik.




Nur Iman a.k.a abah Iman.hehehe

Wednesday, February 10, 2010

2nd immunization...

It was my day off. Nur Iman Khalisha is now two-and-a-half month. Today, she supposed to have her second immunization. I was afraid that she could get fever due to this immunization. Know why??If she get a fever, I cannot go back to my hometown this CNY!!!

At 7.30 a.m., my husband dropped me at the Klinik Ibu & Anak, Salak Selatan where Nur Iman had her check up & immunization every month. At the beginning, they checked Nur Iman's weight. Guess what??she is 4.75 kg now. I can see she is getting heavy now. Hopefully mom can carry u no matter how heavy u are. However, u've showed me a good improvement..Mom likes that very much!!!

Then Nur Iman's name being called by the nurse and I bring her in to check up room. The nurse was very kind and talked a lot with me about Nur Iman. The do's and don't. She told me that when I prepare Nur Iman's milk, the dosage should be correct. If the dosage is not right, it could reduce the nutrition in the milk. One thing that I should correct is never use half spoon of milk when prepare. Use one spoon full!!!







I'm not sure whether this is the bad news or good news. There was no immunization for Nur Iman today!!It was due to the vaccine had finished. First, I start with the good of this news. The good is Nur Iman will not have a fever & I can Balik Kampung. Yeay!!! And the bad is I have to take another day off after CNY to bring her for immunization again. Huhuhu...But whatever it is, u can't just say NO to Immunization!